Cuteki free cards

Friday, 22 June 2012

Waiting for tomorrow !!!!

Haiyaaaaa ...
hari ni ape sume xleyh nak wat ..
rindu ...
sangat2 ngn si dia .. muhammad muti'e ..
esok ktorang nak kuar lagi ..
hehe .. nak jalan2
nk g karnival ...
msti best kan .. hehe
dye kata esok hari bebas ..
so , baju warne pape lah pkai . hahahah ..
tp xpe .. janji aku dpt bersama ngn dye ..
esok bercadang ngn dia ,, nk g tgk wayang at MP ,,
nak g makan at korean food at Seoul Garden ..
pastu nak g karnival ..
yuhoo .. law2 de mse lagi ,, nk g tmpat lain pulak haha ..
okaylah ,, esok nnti dhia masukkn gmbar2 kami bersama keyh haha ..
mmuuaahhxx ! love u alls .

Thursday, 21 June 2012

Kata hati Islam~

Assalamualaikum...

Setiap kemanisan pasti ada kepahitan~ 
Setiap kepayahan tempuhilah dengan kesabaran~
Beranikan diri menghadapi setiap cabaran~
Jangan sesekali gentar dalam menghadapi lawan~
Mantapkan diri dengan keyakinan~
Selalulah tingkatkan diri dengan Iman~
Elakan dari melakukan perkara yang boleh merosakan masa hadapan~
Setiap kesungguhan yang dilakukan~
Pasti akan dapat balasan~
Lakulah setiap perbuatan dengan penuh ketakwaan~
Percayalah dengan setiap janji tuhan~
Sesunguhnya dia tidak akan mungkir janji kepada hambanya yang beriman~

Kahwin ke Couple ??

Saya terjumpa komen di bawah dalam satu perbincangan berkenaan dengan kahwin lebih baik dari berkapel. 

"Ye memang betul. Tetapi adakah dia dah sempurna tanggungjawabnya sebagai suami, belum tentu dia lepas dari maksiat tetapi dia juga belum lepas tanggungjawab dari segi perkahwinan."

Tanggungjawab selepas kahwin boleh runding dengan isteri. Bukannya tidak boleh dibawa berbincang. 

Untuk berkahwin, tidak semestinya suami sudah punyai kereta, sudah ada rumah sendiri, sudah ada harta yang banyak. Bahkan ada sahabat yang menikah sedangkan dirinya tidak punyai apa-apa bahkan hanya sehelai sepinggang. 

Kita perlu fahami apa itu nafqah. Nafqah itu ada tiga jenis: makanan, tempat tinggal, pakaian. Ada yang sebut perubatan/kesihatan juga termasuk. 

Semua tu boleh bawa bincang. Boleh berunding. Contoh: 

1. Sekali makan tak perlu sampai RM20 belanja. Sekali makan pada peringkat awal hanya berdua je. Boleh juga isteri belanja kadang-kadang, dapat pahala sedekah (ala, biasala peringkat baru kahwin). 

2. Tempat tinggal. Kalau belajar kat u, duduk je la bilik memasing dulu kalau tak mampu. makan, pergi la dating (halal sebab dah kahwin!). Kalau susah sangat, duduk je kat rumah parent memasing dulu. Lagi mak suka. 

3. Pakaian. Macam la sebelum kahwin takde baju langsung. Takpe, tunggu suami habis belajar pun takpe. Sebenarnya nafqah pakaian ni tak banyak pun, dalam dua set pakaian setahun je. Yang lebih tu kira belanja la. 

Itu kalau pandang dari sudut nak berjimat la. Lagi satu, dah tentu ALLAH akan kurniakan rezeki kepada hambaNya yang bernikah. yakinlah, insyaALLAH tiada masalah. 

Beberapa lagi kelebihan orang dah kahwin: 

1. Boleh pegang tangan! Dapat pahala. Sebab menunjukkan kasih sayang kepada isteri/suami itu satu kebaikan. 

2. Tiada aurat! Dapat pahala bila tengok isteri kita, bahkan membawa ketenangan jiwa berbanding kerunsingan melihat aurat manusia. Sebab? Nabi ada sebut bahawa kalau buat perkara haram dapat dosa, maka kalau buat perkara halal pasti dapat pahala!

3. Boleh tinggal dalam satu rumah. Orang tak kawen lagi kalau buat gini siap! Kalau tak kene kat dunia, pasti kene kat akhirat. 

--- 

Kita tengok kalau tak kahwin pula cane masalah dia. 

1. Dosa sikit punya banyak untuk elak. Orang tak tutup aurat diklankan merata-rata. Bahkan di tempat yang paling mudah untuk dilihat. Video lucah merata-rata. Pergh! Rosak jiwa mukmin. Susah wei nak jaga. Kalau ada ruang halal untuk lepas mudah sikit. 

2. Masalah maksiat orang bujang ni tak leh runding. Sebab sumbernya tetap dari ALLAH. Kalau berkapel tanpa batas (i.e. maksiat kepada ALLAH) sudah pasti ALLAH marah. Nak runding apa lagi? 

3. Kalaupun tak buat maksiat, jiwa mesti bergelora. Jeles je tengok orang yang dah kawen. Pergh!

Kalau berkapel? 

1. Susah weih untuk elak dari buat perkara lagha. Sekali telefon mana cukup 2 minit. 

2. Kalau bertemu boleh ke elak dari tengok muka masing-masing? Boleh ke tundukkan pandangan? Sedangkan dalam Quran ALLAH suruh orang laki dan perempuan tundukkan pandangan. (An-Nuur: 30-31)

3. Kalau bertemu tak leh berdua-dua je. Sebab yang ketiga itu syaitan. Kene bawak chaperone atau mahram. Tak romantik la gitu! 

---

Maka jika kita timbangkan antara kedua-dua keadaan ini: 

"masalah selepas kahwin banyak boleh runding dan dapat pahala atas perbuatan khusus untuk suami isteri." 
vs
"masalah sebelum kahwin tidak boleh runding dan dapat dosa atas setiap perkara mendekati zina."

Amacam? Kan best bernikah terus daripada melewatkan nikah?

Yang bakal suami tu takut sangat kenapa? Kan ALLAH ada kurniaan yang luas dan banyak? DIA tunggu nak beri je... (an-Nuur:32)

Yang bakal isteri tu pulak demand sangat kenapa? Perlu sangat ke harta yang banyak kalau bahagia dah boleh dapat? Berila peluang pada suami kumpul harta lepas nikah. lepas nikah rezeki lagi cepat, lagi berkat. 

Pada dua-dua, saya ucapkan semoga ALLAH permudahkan sesiapa yang berniat bernikah kerana ALLAH dan mempermudahkan pernikahan mereka. 

Pernikahan itu satu permulaan. Bukan satu peristiwa besar yang kemudian tiada apa-apa. Jadi nikahlah dengan sederhana, dan teruskanlah hubungan suami-isteri dengan sebaik mungkin. 

ALLAH lebih tahu.

Sunday, 17 June 2012

Memori bersama si dia ^_*

Assalamualaikum ,, just picture only , dah tngah mlm dah mlas nk tulis hahaha :P



 Bersama sidia adalah antara perkara yg terindah !!!

 yg gmbar atas ni cincin kami ... :D ibu ckp asal lah cincin tunang kau ni cmni ,, xpela jnji cincin . haha